Skip to content

1 Ayat 1 Quran 1 Belia

18/05/2011
tags: ,

Sempena Hari Belia Negara 2011, Kerajaan menganjurkan pelbagai program untuk para belia dengan slogan kempen Himpunan Sejuta Belia. Satu program yang menarik perhatian saya ialah Acara Tadarus al-Quran bersama Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei 2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Yang menariknya daripada program Tadarus al-Quran ini ialah format dan konsep acara Tadarus al-Quran tersebut yang bagi saya adalah unik dan pelik. Apa yang unik dan peliknya? Berikut adalah format dan konsep acara tersebut:

1- Acara ini berkonsepkan 1 Ayat 1 Quran 1 Belia.

2- Acara ini menghimpunkan seramai 6,236 orang peserta belia dari kalangan NGO’s belia, pelajar IPT, sekolah menengah dan lain-lain. Bilangan 6,236 ini adalah sama dengan bilangan ayat dalam al-Quran.

3- Setiap peserta belia akan diberikan slip ayat Quran, di mana seseorang belia hanya diberikan satu ayat sahaja. Jadi, 6,236 ayat al-Quran diagihkan kepada 6,236 peserta, bermakna seorang membaca satu ayat.

4- Taklimat penerangan akan diberikan kepada beberapa ayat khusus, (contohnya ayat yang ada bacaan Tashil dan Imalah).

5- Ada pembimbing yang akan membantu peserta melancarkan bacaan.

6- Program bermula dengan kehadiran Perdana Menteri.

7- Perdana Menteri akan menyebut “Al-Fatihah” sebagai tanda program bermula, dan peserta akan membaca satu ayat al-Quran yang diberikan secara serentak.

8- Selepas semua peserta selesai membaca satu ayat secara serentak, seseorang akan membaca “Sodaqallahul Azim”, dan diikuti dengan bacaan al-Fatihah oleh semua peserta beramai-ramai.

Berikut adalah sedikit ulasan saya:

1- Tadarus al-Quran ialah membaca ayat-ayat al-Quran, mentadabbur makna-maknanya, dan memahami tafsiran dan hukum hakamnya.  Kerana itulah, Nabi SAW menyuruh seorang sahabat membaca al-Quran dan mengkhatamnya dalam masa sebulan. Apabila sahabat itu mengatakan dia mampu lebih dari itu, baginda menyuruhnya khatam Quran dalam masa sepuluh hari. Apabila lelaki itu mengatakan dia masih mampu melebihi kadar itu, baginda mengatakan, “Bacalah dalam tempoh tujuh malam, dan jangan lebih dari itu”. (Bukhari dan Muslim).

2- Ini bererti tadarus yang sebenar bukannya berlumba-lumba cepat khatam al-Quran, sehingga ada ulama mengatakan makruh bagi seseorang mengkhatamkan al-Quran dalam masa kurang tiga malam. Kerana terdapat hadis “Tidak beroleh kefahaman bagi sesiapa yang membaca al-Quran dalam tempoh kurang daripada tiga malam”. (Abu Daud dan Tirmizi). Tadarus sebenar ialah membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan kefahaman.

3- Program 1 Ayat 1 Quran 1 Belia yang dianjurkan Kerajaan, dengan format dan konsep di atas, tidak menepati konsep tadarus yang dianjurkan oleh Islam. Kerana objektif dari acara tersebut seolah-olah hanya mahu supaya 6,236 ayat al-Quran dibaca oleh belia. Ada yang akan membaca ayat sependek “Alif Laam Miim” sahaja, dan ada yang akan membaca ayat yang paling panjang dalam Quran sepanjang satu muka.

4- Adalah lebih baik dan lebih syar’ie jika format tadarus ditukar dengan cara mereka berhimpun di masjid tersebut, dan salah seorang qari membacakan beberapa potong ayat Quran yang berkaitan dengan belia, kemudian diberikan syarahan ringkas atau tafsiran oleh seorang agamawan.

15 Comments leave one →
  1. shaharuddin permalink
    18/05/2011 10:31 pm

    Assalamualaikum…maaf cakap …rasa macam buat lawak pulak dengan al quran bila baca tentang program ni…entah apa-apa la…

    • 18/05/2011 10:41 pm

      Waalaikumussalam… Itulah yang kita bimbangkan. Jangan sampai al-Quran jadi bahan mainan atas nama slogan SATU. Akhirnya satu belia baca satu ayat.

  2. 18/05/2011 11:13 pm

    siapa petualang program ini? ustaz tahu? saya hnya sebagai pemerhati jalan politik di malaysia ini. jika benar,tapi memang saya rasakan entri ustaz ini benar,baik kita mulakan protes besar-besaran di laman sosial.FB misalnya. Kali ini saya bersama ustaz.

    • 19/05/2011 5:23 am

      Surat rasmi dari Kementerian sudah diedarkan ke universiti-universiti yang diminta menghantar wakil2nya. Saya sendiri sudah melihat salinan surat tersebut.

  3. naz permalink
    20/05/2011 10:51 am

    Semua ayat dibaca serentak?? Sapa pulak yang mendengarnya??
    Kalau dibaca sorang2 (tak serentak) kemudian diselang-seli dengan seseorang mensyarahkan beberapa ayat yang terpilih boleh ke ustaz?

    • 20/05/2011 8:03 pm

      Jika seorang membaca ayat, yang lain mendengar bacaan dan mendengar penerangan pula, itulah dinamakan tadarus. alangkah baiknya jika dibuat majlis memperdengarkan bacaan ayat quran dengan cara tersebut.

  4. umm Mus'ab permalink
    20/05/2011 2:41 pm

    assalamu’alaykum, inilah amalan dari orang yang kurang ilmunya. Quran kitab petunjuk dari Allah. Cara membacanya, juga mestilah mengikut petunjuk dari Tuan yang menurunkan kitab. Tadabbur seperti yang anta sebutkan itu sangat benar. Tetapi mereka ini cuma nak mengambil quran pada “nama”nya sahaja. Kalau anta boleh ustaz, beritahu pada mereka yang telah di”jemput” , katakan tidak kepada 1ayat1quran1belia satu program yang dirancang oleh orang yang ikut nafsu sendiri.

    semoga Allah menujukki kita dan memberi kita kekuatan untuk istiqamah. Amin.

    • 20/05/2011 8:06 pm

      Waalaikumussalam.
      Mudah-mudahan risalah kerdil ini sampai kepada orang2 yang boleh menyampaikan kepada pihak penganjur.

  5. 21/05/2011 9:01 pm

    salam..

    adakah memang dbaca secara serentak ??
    Pelik..

    ke secara berturutan?

    • 21/05/2011 9:15 pm

      Salam.

      Mengikut tentatif program, “pembaca akan membaca 1 ayat quran masing-masing secara serentak”.

      Ketibaan PM pada jam 3.40 petang, dan pada jam 3.50 petang iaitu 10 minit kemudian, majlis tamat dan bersurai.

  6. Hamba permalink
    27/05/2011 11:45 pm

    Assamualaikum wbt..
    Utz, maaf nak tnya soalan, tp tak tahu kat ruangan mana, jd tpaksa tanya dekat sini.
    Utz, sy ad beli iphone, tapi lps beli dan jailbreak, baru tahu yg applikasi2 yg bnyk dan free smuanya di Cracked @ yg telah di hacked dan diubah suai jadi percuma. Sy tak sedap hati nak pakai sbb mcm mnindas tuan punya yg cipta aplikasi tersebut. Rs nak jual pula sbb bdosa. Utz, blh Utz bagi ulasan sdikit ttg guna aplikasi yg di cracked tu?
    Barakallahufik,wslm

  7. zek noghori permalink
    28/05/2011 3:34 pm

    Assalamualaikum ustaz duktur…

    Ana rasa setiap program yg hendak dijalankan rujuklah dulu kepada Ulama yg berwibawa…agar tidak dipersoalkan kelak oleh pelbagai pihak..

    • 04/06/2011 12:31 am

      Waalaikumussalam,

      Ya, itulah yang sepatutnya. Kita amat bimbang, kalau2 pada masa depan ia akan menjadi lebih dahsyat, contohnya dikumpulkan lebih ramai peserta dan setiap peserta membaca satu perkataan sahaja.
      Kerana perkara2 yg diada-adakan, pada mulanya hanya sejengkal, kemudian akan jadi sehasta, sebatu, dan seterusnya…. Ia akan berkembang biak

  8. 29/05/2011 7:35 am

    mashallah its a great think to promote quran in our kids and its a duty of every Muslim to spread the knowledge of quran and the teachings of Islam in to the world and to ore kids

  9. abufirman permalink
    06/06/2011 10:22 am

    Assalamualaikum,
    Terkejut saya baca entri ustaz ni. Boleh ke baca serentak macam tu? Bukan ke setiap ayat itu ada maksud dan berkait satu dengan lain. Macamana la program macam ni boleh lepas kan Ustaz? Dah macam nak cipta rekod pulak. Subhanallah… Makin pelik la negara kita ni.

What are you thinking?