Warkah Wasiat Maimunah Abd Aziz Al-Wuhaiby

2009 June 7
by Abu Umair

Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Turut terkorban dalam nahas itu isterinya Nurah Muhammad, dan beberapa anak perempuannya, Maimunah (20 tahun), Lina (9 tahun), dan Jazi (3 tahun).

Syeikh Abdul Aziz Al-Wuhaiby merupakan anak murid bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz -rahimahullah-. Hubungan mereka berdua amat rapat menjadikan beliau amat terkesan dengan ilmu, akhlak dan peribadi Syeikh Bin Baz. Malah, selepas kewafatan Syeikh Bin Baz, beliau antara yang memandikan jenazah Syeikh Bin Baz. Semoga Allah merahmati mereka berdua.

Sebaik berlaku kemalangan, dijumpai di dalam kenderaan yang mereka naiki sebuah buku nota kepunyaan salah seorang mangsa yang terkorban, Maimunah -rahimahallah-. Tercatit di dalamnya satu wasiat yang tidak sempat dihabiskan. Dipercayai Maimunah menulis wasiatnya beberapa detik sebelum berlaku kemalangan. Tidak sempat dihabiskan catitannya, warkah wasiatnya berterbangan, penanya tercampak, dan darah-darah mengalir. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. 

Inilah warkah wasiat yang tertulis dalam nota catitan Maimunah. Di kulit buku nota ini, masih kelihatan kesan darah akibat kemalangan. (Tulisan beliau ialah yang di dalam kotak garisan merah. Manakala tulisan yang di bawahnya ialah catatan komentar Syeikh Khalid al-Ghamidiy).

wasiat maimunah 2

kulit nota

Terjemahan wasiat beliau:

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM.

AKU BERSAKSI BAHAWA TIDAK ADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH KECUALI ALLAH, DAN MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM ADALAH HAMBANYA DAN RASULNYA.
AKU BERSAKSI BAHAWA ISA ADALAH HAMBA ALLAH, RASULNYA, DAN HAMBA YANG DICIPTAKAN DENGAN KALIMAHNYA YANG DISAMPAIKAN KEPADA MARYAM, DAN DENGAN TIUPAN ROH DARINYA.

ADAPUN SELEPAS ITU,
INI ADALAH WASIAT HAMBA YANG MENGHARAPKAN KEAMPUNAN TUHANNYA, MAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ AL-WUHAIBY.

AKU BERPESAN KEPADA KALIAN SEMUA SUPAYA BERTAQWA KEPADA ALLAH DALAM SEMBUNYI DAN NYATA. TIDAK ADA SEORANG PUN BERTAQWA KEPADA ALLAH KECUALI DIA AKAN SELAMAT.

HENDAKLAH KALIAN BERBUAT KEBAIKAN, MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM, DAN MENGELUARKAN INFAQ. TINGGALKAN PERBUATAN MENGUMPAT DAN MENGACUNG.

SESUNGGUHNYA PENGHUNI-PENGHUNI KUBUR SEKARANG -DAN AKU ADALAH SALAH SEORANGNYA- BERCITA-CITA MAHU KEMBALI KE DUNIA UNTUK MENAMBAHKAN AMALAN SOLEH, DAN MEMOHON AMPUN DARI SEGALA KEJAHATAN.

MAKA BASAHILAH LIDAH-LIDAH KALIAN DENGAN ZIKIR KEPADA ALLAH AZZA WAJALLA.

IBU TERCINTA,
AKU SEKARANG AMAT BERHARAP KEPADA DOAMU DAN REDHAMU KEPADAKU. MAAFKANLAH AKU ATAS SETIAP SALAH SILAP DAN ADAB YANG BURUK YANG LAHIR DARIKU. AKU BERHARAP ENGKAU MAAFKANLAH AKU, DAN DOALAH UNTUKKU DENGAN HATI YANG KASIH DAN IKHLAS. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MERAHMATIKU DENGAN SEBAB DOA DARIMU.

AYAH YANG DIHARGAI,
ENGKAULAH IKUTAN DI DALAM RUMAH DAN DI LUAR. JADILAH ENGKAU SEBAGAIMANA YANG KUKENALI, BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM URUSAN AGAMA …

Demikian tulisan wasiat Maimunah yang tidak sempat dihabiskan. Sesungguhnya kematiannya cukup untuk memberi peringatan kepada kita yang masih hidup.

Semoga Allah merahmati Syeikh Abdul Aziz al-Wuhaiby, isterinya Nurah Muhammad, dan anak-anak mereka Maimunah, Lina dan Jazi.

15 Responses leave one →
  1. 2009 June 8

    Salam, kisah yang sangat menyedarkan. Ustaz, ana minta izin copy dan pastekan dalam laman ana. Ana akan linkkan web ini sekali di bawahnya.

    • 2009 June 8

      Waalaikumussalam…
      Tidak ada halangan untuk dicopy dan paste artikel2 blog ini untuk tujuan sebaran ilmu dan dakwah.
      Barakallah fikum..

  2. 2009 June 8
    albaruhiyy permalink

    Inna li llahi wainna ilaihi ra’jiun…

    اللهم اغفر له وارحمه واغفر لاخينا “وان محمد سليمي” وارحمه

    Benarlah sabda Nabi s.a.w. :

    كفى بالموت واعظا

    Cukuplah mati itu sebagai pemberi ingatan

    • 2009 June 8

      Amin.. Amin… Amin…

      Semoga Allah mengampuni dan merahmati sahabat kita ‘Wan Muhammad Salimi’ dan menggolongkannya bersama-sama para syuhada dan solihin…

  3. 2009 June 9

    salamullahu alaykum ust abu umayr
    ana nak minta inzin dari ust untuk mengambil artikel2 dari blog ust untuk diletakkan di bolog ana…
    harap ust perkenankan…
    jazakallahu khayr
    barokallahu fik wa hayyakumullah

    • 2009 June 9

      Waalaikumussalam…

      Tidak ada halangan untuk diambil artikel2 di sini, untuk tujuan sebaran ilmu dan dakwah.

      Semoga ada manfaatnya.

      Sekian.

  4. 2009 June 10

    اللهم اغفرلنا ولهم ……

    ustaz, minta izin copy…

    برك الله فيك…

    satu lagi nak tanya ustaz result student baru madinah sesi 2009/10 bila keluar?

  5. 2009 June 30

    salam, sy mohon copy artikel ini.terima kasih.

  6. 2009 July 2
    amy_yusri permalink

    Saya juga mohon untuk copy untuk di hantar kepada kawan-kawan buat peringatan semua. Saya juga kreditkan kepada blog ustaz.

    Terimakasih.

  7. 2009 July 2

    diizinkan untuk dicopy paste kan artikel di sini untuk tujuan dakwah. Sekian

  8. 2009 July 30
    acai permalink

    Ust, jazakaLlah kulla khair..
    cebisan tulisan yang cukup mengesankan..
    من باب التواصي بالحق
    ana rasa perkataan idola dlm terjemahan ust lebih manis jika digantikan dgn perkataan lain kot…
    sbb boleh bawa maksud image of a deity etc as an object of worship..
    JazakaLlah khair atas manfaat2 yg ust bg pd kami..

    • 2009 July 30

      Jazakallah khairan atas pembetulan…

      ana ubah perkataan ‘IDOLA’ dalam artikel di atas kepada perkataan ‘IKUTAN’.

  9. 2009 October 9

    bagus -bagus banget infonya disini, juga lengkap

  10. 2009 October 9
    Rahim@Aras permalink

    Salam Takziah, semoga Rohnya dicucuri limpah Rahmat…Ya Ustaz ana juga minta kebenaran untuk copy supaya ana dpt keredaannya..
    Amin”

Trackbacks & Pingbacks

  1. Warkah Wasiat Maimunah Abd Aziz Al-Wuhaiby « Perubahan Perlukan Kerendahan

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS