Beberapa Pendapat Imam Syafie
Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:
1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.
Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).
2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.
Kata Imam Syafie: “Allah Taala mempunyai nama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang pun menolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegak hujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur. Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkan dengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidak dapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran”. (Fathul Bari 20/494)
3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39).
Ibn Katsir berkata, “Daripada ayat yang mulia ini, Imam Syafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinya mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati”. (Tafsir Ibn Katsir: 7/465).
4) Imam Syafie melarang bersembahyang berimamkan orang Syiah.
Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam Syafie, “Bolehkah aku bersembahyang di belakang orang Syiah?”
Imam Syafie berkata, “Jangan bersembahyang di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murjiah”
Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka. Lalu Imam Syafie menyifatkan, “Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syiah”. (Siyar A’lam Al-Nubala 10/31).
5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.
Imam Syafie berkata: “Kalau seorang lelaki bertasauf pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan mendapati dia sudah menjadi bebal”. (Manaqib Al-Syafie 2/208)
Kata beliau lagi: “Tidak ada seorang pun melazimi golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh kembali (seperti sediakala)”. (Talbis Iblis: 371)
Kata beliau lagi: “Seorang sufi tidak menjadi sufi melainkan ada padanya empat sifat:
- sangat malas
- banyak makan
- banyak tidur
- banyak cakap kosong”.
(Manaqib Al-Syafie 2/208).
Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf: “Tasauf diasaskan di atas kemalasan”. (Hilyatul Awliya).
Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. (Talbis Iblis: 447).
6) Imam Syafie mencela orang yang mendalami ilmu kalam.
Kata Imam Syafie: “Hukumanku terhadap ahli kalam ialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepah-pelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingi kabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilah balasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah, dan mempelajari ilmu kalam”. (Tawali al-Ta’sis: 64).
7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil, bukan taksub kepada imam.
Kata Imam Syafie: “Ulama telah berijmak (sepakat) bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal dia meninggalkannya kerana mengikut pendapat seseorang”. (Madarij al-Salikin 2/335).



Assalaamualaikum ustaz.. Ana selalu mengikuti blog ustaz ni, banyak ilmu dan benda yg saya dapt. Terima kasih ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan ustaz…
Boleh tak terangkan kenapa Imam Syafie melarang solat berimamkan orang Syiah dan mcm mana pula dengan solat kita kalau berimamkan dengan orang Syiah?
Waalaikumussalam..
- Dalam Al-Umm, Imam Syafie menyatakan kemakruhan bersembahyang berimamkan orang fasik dan orang yang menzahirkan bidaah. Tetapi tidak menjejaskan kesahihan sembahyang.
- Akidah Syiah termasuk dalam bidaah, dan bidaah iktiqad lebih teruk daripada kefasikan.
Wallahu A’lam
Ustaz… yg no 5 tu… saya cadangkan ustaz huraikan baik2 supaya lebih adil dlm menghukum.
Maaf… juzita khaira.
al-akh pening2 lalat,
1) Nukilan saya terhadap kata Imam Syafie tidak bereti menghukum secara keseluruhan bahawa semua yang dinisbahkan kepada sufi adalah tercela. Saya beristighfar jika disilap fahami.
2) Tetapi dimaklumi daripada Syafie bahawa beliau mencela sufi. Kata Ibn Taimiyyah, “Adapun Syafie, maka yang dinukilkan daripada beliau adalah celaan terhadap golongan sufi. Begitu juga Malik -pada sangkaan saya-”. (Majmuk Fatawa).
3) Secara perincian, ada sudut yang dipuji dan ada yang dicela, sebagaimana ditahqiqkan oleh Ibn Taimiyyah.
Wallahu A’lam.
Salam.. Ustaz, minta izin nak paparkan artikel yg baik ini di blog saya. Saya akan kreditkan ke link ustaz.
Wasalam, al-akh abu abdillah
Tidak ada halangan untuk copy & paste artikel di blog ini untuk sebaran ilmu dan dakwah. Sekian.
assalamualaikum.yang kelima tu sepatut ustz datangkn juga huraian dari imam baihaqi sendiri.baru amanah dalam menyebarkan ilmu, lebih2 lagi itu kalam imam syafie kerana kalamnya tinggi bahkan kalam imam syafie menjadi hujjah dalam bahasa arab. imam baihaqi syarahkan kata2 td , imam syafie mencela orang-orang yg belagak sufi pada zahirnya sahaja . bukannya keempat2 sifat tdi adalah sifat ahli sufi .
Anon 9may,,adakah dgn menaqalkan kata2 imam syafie dgn zahir nasnya itu tdk dianggap amanah dlm menyebarkan ilmu? fahamkah anon ttg sufi yg dimaksudkan oleh imam syafie? bagaimanakah sufi yg anon fahami? harap anon tidak emosi dgn pertanyaan2 ini, semoga kita semua mendapat taufiq dan hidayahnya,amin.
assalamualaikum,pada pandangan ana,tak perlulah menjadi ahli sufi..cukuplah mengikuti Rasulullah,confirm selamat segalanya..ikutilah tarikat Rasulullah,tak perlulah kepada mana2 tarikat lain..Rasulullah s.a.w. sudah mengajar segalanya,daripada hidup sampailah ke mati..
alhamdulillah kerana ana da merujuk kitab manaqib syafie itu , tu la ana sarankan agar ustz menaqalkan juga syarah imam baihaqi sendiri . pada hakikatnya imam syafie bukn mencela ahli sufi , tapi dia mencela orang2 yg belagak sufi . harap saudara pun rujuk kitb tu elok2 .
Assalamualaikum
- Untuk no 5, saya update kan dengan menambah dua lagi kalam Syafie tentang tasauf. Semoga makin terang lagi bersuluh.
- Imam Syafie tidak mungkin sekali-kali memaksudkan sufi dengan erti kata zuhud pada dunia, mengurangkan kelazatan dunia, dalam masa yang sama istiqamah atas jalan Quran dan Sunnah.
- Antara faktor celaan Syafie kepada kumpulan sufi ialah kerana terlencong sebahagian mereka daripada jalan istiqamah, dengan amalan bidaah seperti taghbir (zikir dengan cara nyanyian dan tarian). Ucapan Syafie tentang perkara ini sangat masyhur.
- Ada kalangan yang dinisbahkan kepada sufi tetapi dikecualikan daripada celaan Imam Syafie seperti Muslim Al-Khawwash. Rujuk kalam beliau yang paling akhir dalam no 5.
- Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. Itu pada kurun ke-3, zaman salaf lagi. Bagaimana agak-agak sufi zaman kita, ye.
Assalamu’alaikum,ustaz.
mahu bertanya, apa maksud ahli kalam (no.6)?
maaf, saya budak baru belajar.
terima kasih,ustaz.
salam.yg keenam tu , perlu di jelaskan siapa ahli kalam itu . kata2 ni diucap kepada muktazilah . jgn biarkn nukilan ust ni bw waham pd org awam .
Waalaikumussalam,
- Celaan terhadap ilmu kalam bukan setakat oleh Imam Syafie sahaja. Kata Ibn Abdil Barr: “Ulama feqah dan atsar (hadis) dari semua pelusuk telah ijmak bahawa ahli kalam adalah ahli bidaah dan menyeleweng. Di sisi keseluruhan, mereka (ahli kalam) tidak dikira dalam rangkaian ulama. Ulama hanya ahli atsar (hadis) dan yang faqih di dalam hadis”.
- Yang tercela hanya muktazilah? Nah, saya nukilkan kata-kata Ibn Khuwaiz Mindad, “Golongan hawa nafsu dan bidaah di sisi ulama kami ialah ahli kalam. Maka setiap ahli kalam adalah kalangan golongan hawa nafsu dan bidaah, samada bermazhab Aysaari atau bukan Asyaari“. (Tahrim al-Nazhar Fi Kutub al-Kalam, Ibn Qudamah m/s 42).
- Kenapa ditanya Imam Syafie tujukan kata-kata itu kepada siapa. Kenapa tidak ditanya: Kenapa Imam Syafie mengucapkan kata-kata demikian. Kenapa Imam Syafie mencela ilmu kalam?
- Imam Syafie telah menjawab: “Inilah balasan orang meninggalkan Kitab dan Sunnah dan mempelajari ilmu kalam”.
kalau faham ayat imam syafie secara halus , yang salahnya tinggal al-quran dan al-hadis dan hanya mengguna akal sahaja . adakah ulama’ asyaari tidak mengguna al-quran n al-hadis? fahamilah qodiyah zman imam syafie dlu . zman tu trsebar fahaman muktazilah , sebb tu imam syafie mencela mereka..halusilah dalm memberi fakta ustaz..takde salahnya ustz naqol kalam imam syafie tp jelasla sebaik2nya..
Jazakallah khaira
- Adakah jika Muktazilah mendalami ilmu kalam, maka mereka tercela. Apabila Ahli Sunnah mendalami ilmu kalam, ia tidak dikira tercela?
- Adakah jika Tuhan mencela perbuatan Ahli Kitab, maka mereka tercela, dan apabila orang Islam melakukan perkara sama, ia tidak dikira tercela.
- Lihat pula bagaimana sesetengah ulama mazhab Syafie, seperti Imam Ghazali, Imam al-Razi yang mendalami ilmu kalam, kemudian bertaubat daripada ilmu kalam. Adakah mereka bermazhab Muktazilah? Mereka bukan bertaubat dari Muktazilah. Mereka bertaubat dari ilmu kalam.
soalnya ilmu kalam y dcela imam syafie tu kalau xbersandar al-quran dan al-sunnah..fahami ayat imam syafie tu baik2 ustaz..tggl al-quran dan al-hadis dan mempelajari ilmu kalam semata2..ulama’ asyaairah ade ke y xbpegang dgn al-quran n al-hadis??setahu ana ulama’ asyaairah ni meteod dia akal ni hnya menyokong al-quran n al-sunnah sahaja . adakah salah begitu? dimana letak akal kita? sedangkan bnyk ayt2 n hadis2 mnyuruh kita guna kan akal? takkanla ustz taknak ikt saranan al-quran n al-hadis?
- Saya sudah nukilkan kalam Ibn Khuwaiz Mindad, Asyaariyyah atau bukan Asyaariyyah itu bukan persoalan.
- Kalau kita merasakan ilmu kalam boleh mendekatkan diri kepada Allah, teruskanlah mendalaminya.
- Kalau kita menjumpai para ulama salaf menggalakkan mempelajari ilmu kalam, pelajarilah ia.
ana lebih tertarik untuk bahas teks imam syafie je . disegi pemahaman ana teks imam syafie tu sendiri telah jelaskan sifat ahli kalam yang macam mana yang dicela . yang dicelanya ahli kalam yang tidak berpegang dengan kitab dan sunnah. teks tu sendiri dah mentakhsiskan ahli kalam mana yang dimaksudkan . jadi ana sokong kalau ustaz kata ahli kalam yang tak berpegang dengan quran dan sunnah ia adalah dicela . manakala ahli kalam yang berpegang dengan quran sunnah dan hanya jdikan dalil aqli sebagai penyokong kepada quran sunnah tidak termasuk dalam celaan itu . jadi AHLI KALAM tu lafaz yang umum , tapi telah dikhususkan dengan ayat last tu INILAH BALASAN BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN KITAB DAN SUNNAH DAN HANYA MENGAMBIL ILMU KALAM SAHAJA . boleh ustaz setuju dengan pendapat ana?
- Benar, pada zaman Imam Syafie tersebar fahaman muktazilah. (pada waktu itu belum timbul mazhab asyairah).
- Saya boleh bersetuju bahawa ilmu kalam yang tercela ialah ilmu kalam yang menyebabkan mendahulukan akal daripada Quran dan Sunnah, samada mereka muktazilah atau lain-lain.
- Termasuklah perbahasan kalam yang menatijahkan tidak menerima hadis ahad dalam perkara aqidah sekalipun hadis ahad itu termaktub dalam Bukhari Muslim.
- Termasuklah yang tercela ialah perbahasan ilmu kalam yang menyebabkan tidak menerima sebahagian sifat-sifat Allah (Ta’thil), kerana Imam Syafie berkata:
“Janganlah menyibukkan diri dengan kalam. Kerana sesungguhnya aku telah mendapati daripada ahli kalam akan ta’thil”. (Siyar A’lam al-Nubala’).
- Mana-mana kumpulan pun, jika ilmu kalam membawa kepada menolak sebahagian apa yang ditunjukkan oleh Quran dan Sunnah, maka ia tercela.
Bab-bab sensitif macam ni memang perlu dijelaskan sebaik2nya sebab perkara begini kalau disebut secara ringkas maka akan menjadi ‘bola tanggung’ yg mudah di smash.
Tajuk-tajuk begini sama ada ditulis dengan detail (ringkas dan padat) atau ditangguhkan dulu siarannya ;-)
Para pembaca bukan semua dari kalangan yg berilmu atau mempunyai latar belakang pengajian agama, jadi kalau mereka baca ringkas2 begini akan cepat menjauhkan diri dari manhaj yg sahih yg hendak dibawa dalam blog ni.
Ana nasihatkan para pembaca yg tidak boleh menerima atau kurang menerima apa yg disiarkan di blog ni boleh bincang baik2 dengan ustaz abu umair di email beliau sebab apa yg ustaz abu umair nak sampaikan adalah poin2 penting3yg perlu kepada huraian yg hanya boleh difahami melalui muzakarah.
Wallahu a’lam bissowaab.
Jazakallah khairan ya syaikhana…
ALHAMDULILLAH Ustaz Abu Umair……teruskan perjuanganmu. Ana amat tertarik dengan perbahasan dan bahan yang ada dalam website anta. Semoga ALLAH S.W.T memberi kekuatan dan keberkatan dalam menjalankan penyebaran ilmu ALLAH S.W.Tdan ajaran RASULULLAH S.A.W.
مناقب الشافعي 2 / 208 :
سمعت الشافعي يقول: لو أن رجلاً تصوَّف من أول النهار لم يأت عليه الظهر إلا وجدته أحمق.
قلت ( البيهقي ) : وإنما أراد به من دخل في الصوفية واكتفى بالاسم عن المعنى، وبالرسم عن الحقيقة، وقعد عن الكسب، وألقى مؤنته على المسلمين، ولم يبال بهم، ولم يرع حقوقهم ولم يشتغل بعلم ولا عبادة، كما وصفهم في موضع آخر . . . لا يكون الصوفي صوفيا حتى يكون فيه أربع خصال : كسول أكول نؤوم كثير الفضول.
( قال البيهقي ) وإنما أراد به ذم من يكون منهم بهذه الصفة، فأما من صفا منهم في الصوفية بصدق التوكل على الله عز وجل، واستعمال آداب الشريعة في معاملته مع الله عز وجل في العبادة، ومعاملته مع الناس في العشرة، فقد حُكي عنه أنه عاشرهم وأخذ عنهم.
وذلك فيما أخبرنا به أبو عبد الرحمن السلمي قال: سمعت عبد الله بن الحسين ابن موسى السلامي يقول: سمعت علي بن أحمد يقول: سمعت أيوب بن سليمان يقول: سمعت محمد بن محمد بن ادريس الشافعي يقول: سمعت أبي يقول : صحبت الصوفية عشر سنين، فما استفدت منهم إلا هذين الحرفين: الوقت سيف ومن العصمة أن لا تقدر. اهـ
آداب الشافعي ومناقب لابن أبي حاتم : صفحة 164:
ثنا الحسين بن الحسن الرازي، ثنا عبد الله بن الحسن السجستاني: سمعت إسماعيل الطيان الرازي يقول: قدمت مكة، فلقيت الشافعي، فقال لي: أتعرف موسى الرازي؟ ما قدم علينا من ناحية المشرق أنزع لكتاب الله منه، فقلت له: يا أبا عبد الله، صفه لي، فقال: كهل قدم علينا من الري، فوصفه لي – فعرفته بالصفة، أنه أبو عمران الصوفي – فقلت: أعرفه، هو أبو عمران الصوفي، قال: هو هو. اهـ
فالقاعدة عندهم – كما قررها الرازي والجويني وغيرهما – (أن الدلائل النقلية لا تفيد اليقين) . و(أن الدلائل النقلية ظنية، وأن العقلية قطعية، والظن لا يُعارض القطع) .
dan akidah di sisi mereka (ahli kalam) seperti mana yg diputuskan oleh Al-Razi (Fakhruddin Al-Razi) dan Al-Juwayni (Imam Al-Haramain) dan selain mereka berdua ialah: bahawa sesungguhnya dalil2 naqli (al-qur’an dan hadis) tidak membawa kepada keyakinan. Dan sesungguhnya dalil2 naqli itu (hanya) zhonniy, manakala dalil ‘aqli adalah qot’iy, dan perkara2 yg zhonniy tidak boleh melawan perkara2 qot’iy [rujuk 'Usuluddin' (halaman 24) oleh Al-Razi, dan 'Al-Irsyad' (halaman 25-37) oleh Al-Juwayni ].
alhamdulillah, mereka berdua telah bertaubat sebelum wafat.
Salam semua,
Isk rasa rndah diri la plak amik Usuluddin dulu.
Ana x muyul mana, cuma amik yg benar lagi jelas. Nak minx komen dr sahabat2 semua psl ada sgolongan yg kata: berdasarkan hadis islam, iman & ihsan so paksi agama ini adalah dr feqah, aqidah & tasauf. ulama’ pwaris nabi. nabi waris syafie dll dlm feqah, asyaieroh dlm aqidah ahli sunnah wal jamaah, ehsan tu prlu amik dr ulama’ sufi(ulama’ bulu?) ana dh dengar lama mnde ni, tp x lyn mana. minx komen. (maaf font kecik, taip pakai hset)
salam, al-akh rhythma..
maaf ana tak perasan komen anta kat entry ni. Baru terbaca…
‘Al-Ihsan’ sudah ditafsirkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam:
أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك
Ketiga-tiga cabang ini: iman, islam dan ihsan mesti diambil daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat.
Tidak diterima secara syar’ie dan aqlie bahawa ilmu feqah diambil hanya dari Syafie, aqidah dari Al-Asyaary, dan Ihsan daripada syeikh sufi.
Malahan, ketiga-tiga cabang ini diambil dari Quran dan Sunnah. Mana-mana cabang (feqah, aqidah, akhlak) yang bertepatan dengan Quran Sunnah, maka ia menjadi ikutan kita.
Wallahu A’lam.
ada yg kata imam syafie ni amal tarekat naqsyahbandi dlm aliran tasauf betul ke?
saudara kunyiil,
Tarikat naqsyabandi diasaskan oleh al-syeikh Baha’uddin yang digelar Syah Naqsyaband. Beliau lahir tahun 717H, wafat 791H.
Sedangkan Imam Syafie wafat pada 204H. Jauh lebih awal dari pengasas tarekat ini.
Syaikhana Abu Umair,
Syukran atas pnjelasan. Jazakallah..