Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair
Penularan pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi terlalu pantas. Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini.
Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini. Diedarkan dalam bentuk poster, pamflet, dan flyer, ataupun disiarkan melalui medium internet di laman-laman web dan blog. Kesedaran akan kepentingan dan keutamaan berdoa kepada Allah dalam situasi seperti ini adalah sikap yang harus dipuji, kendatipun doa kepadaNya wajar menjadi amalan rutin tanpa mengira susah dan senang, sakit dan sihat, cemas dan aman.
Kerana suara yang sentiasa merintih kepada Allah ketika senang dan aman, itulah suara yang mustajab diperkenan ketika payah dan cemas. read more…
Bismillah…
Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah, Amma Baa’d.
Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Sesiapa yang datang ke masjidku ini (Masjid Nabawi), tidak datang kecuali kerana kebaikan untuk dipelajarinya, maka dia berada di kedudukan orang yang berjihad di jalan Allah”.
Hadis riwayat Ahmad (no: 9419), dan Ibn Majah (no: 227). (Dinilai sahih oleh Albani)
Alhamdulillah, senarai nama mereka yang ditawarkan mendaftar masuk ke Universiti Islam Madinah bagi sessi 1430/31H telah dikeluarkan. Bilangan mereka ialah seramai 30 orang. Berikut ialah senarai nama mereka: read more…

Demonstrasi ialah tunjuk perasaan yang dilakukan dengan cara berkumpul beramai-ramai dan berarak sebagai tanda protes terhadap sesuatu isu. Orang yang menyertai demonstrasi tidak turun padang semata-mata untuk berkumpul dan berarak tanpa tujuan. Di sebalik tindakan mereka, ada suara hati yang mahu didengari dan pandangan yang mahu diambil perhatian pihak tertentu. Atau dengan kata lain, ada objektif yang hendak dicapai. Maka difahami bahawa demonstrasi hanya wasilah atau pendekatan untuk menyuarakan pandangan secara jama’ie.
Jadi, tinjauan terhadap hukum demonstrasi mestilah mengambil kira ia sebagai satu wasilah. Jangan memandang demonstrasi secara pendek, lalu menyimpulkan begini: “Demonstrasi tidak pernah dilakukan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Apa yang tidak dilakukan oleh baginda adalah bidaah. Natijahnya demonstrasi dihukum sebagai bidaah”. read more…

Bismillah. Selawat dan Salam ke atas Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.
PENDAHULUAN
Sejak Kerajaan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali dengan ISA pada tahun 1960, banyak kontroversi timbul tentang akta ini. Tidak berperikemanusiaan, zalim, melanggar hak asasi manusia, bercanggah dengan Quran dan Sunnah, dan pelbagai reaksi diutarakan oleh sebahagian masyarakat.
“….Rakyat negara ini perlu berani membuat anjakan paradigma dalam menyatakan sokongan bagi membantah kezaliman dan kejahatan ISA yang digunakan sejak zaman penjajahan dulu….” Seru seorang wartawan dalam sebuah artikel akhbar politik tanahair.
Benarkah dakwaan bahawa ISA secara prinsipnya ialah satu kezaliman? Tepatkah kenyataan bahawa penahanan tanpa bicara tidak ada langsung sandarannya dalam syarak? Oleh itu akta ini wajib dihapuskan daripada undang-undang sesebuah negara bertamadun?

Duit Palsu
“Duit Palsu Hantui Peniaga”. Itulah tajuk yang tertera di halaman utama akhbar Kosmo! baru-baru ini. Ia merujuk kes seorang pengurus kedai buku yang kerugian kerana menerima beberapa keping wang kertas palsu RM50 dan RM100.
Walau tertera di not-not tersebut angka-angka besar, RM50 dan RM100, namun apalah ertinya jika ia wang kertas palsu. Ia tidak bernilai walau sesen pun. Silap haribulan, mungkin boleh masuk mahkamah atas dakwaan menyimpan wang kertas palsu.
Rentetan kes-kes seperti ini, orang ramai dinasihatkan supaya peka dan ada inisiatif memeriksa dengan teliti sebelum menerima sebarang mata wang bagi mengelakkan daripada tertipu. read more…
Malam tadi saya mendapat berita mengejutkan. Seorang sahabat karib saya telah kembali ke rahmatullah, Ustaz Wan Mohd Salimi bin Wan Sulong. Pemergiannya ketika usia masih muda, 30 tahun. Meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang masih kecil. Dipercayai berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan beberapa bulan yang lalu. read more…
Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Turut terkorban dalam nahas itu isterinya Nurah Muhammad, dan beberapa anak perempuannya, Maimunah (20 tahun), Lina (9 tahun), dan Jazi (3 tahun).
Syeikh Abdul Aziz Al-Wuhaiby merupakan anak murid bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz -rahimahullah-. Hubungan mereka berdua amat rapat menjadikan beliau amat terkesan dengan ilmu, akhlak dan peribadi Syeikh Bin Baz. Malah, selepas kewafatan Syeikh Bin Baz, beliau antara yang memandikan jenazah Syeikh Bin Baz. Semoga Allah merahmati mereka berdua.
Sebaik berlaku kemalangan, dijumpai di dalam kenderaan yang mereka naiki sebuah buku nota kepunyaan salah seorang mangsa yang terkorban, Maimunah -rahimahallah-. Tercatit di dalamnya satu wasiat yang tidak sempat dihabiskan. Dipercayai Maimunah menulis wasiatnya beberapa detik sebelum berlaku kemalangan. Tidak sempat dihabiskan catitannya, warkah wasiatnya berterbangan, penanya tercampak, dan darah-darah mengalir. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. read more…
Saya diminta oleh seorang pengunjung blog supaya mengulas atau menjawab satu isu yang dimainkan oleh Syiah, iaitu isu Fadak. Pada mulanya, saya keberatan untuk menulis artikel seumpama ini kerana dua alasan:
1- Secara peribadi, saya kurang gemar menulis artikel berbentuk radd atau membalas hujah pihak lain. Kecuali jika ada keperluan mendesak dan sudut positifnya lebih besar daripada sudut negatif.
2- Perdebatan dengan Syiah selalunya tidak membawa banyak faedah. Bagaimana kita boleh berdebat dengan mereka dalam perkara seperti ini, padahal antara Ahli Sunnah dan Syiah terdapat jurang yang amat luas dalam masalah usul dan aqidah. Bacalah pengakuan seorang tokoh Syiah, Nikmatullah al-Jazairi: read more…
Apabila akal didahulukan, dan nas dipinggirkan…
Iblis terkutuk menjadi kufur. Derhaka akan arahan Tuhan supaya sujud pada Adam. Alasannya ia dicipta dari api, dan Adam dicipta dari tanah. Kononnya api lebih mulia daripada tanah. Mana mungkin suatu yang lebih mulia sujud pada yang kurang mulia. Akhirnya, Iblis menjadi makhluk terawal menolak nas kerana mendahulukan kias akalnya. read more…
Bukan isu baru apabila haiwan babi menjadi ancaman kesihatan kepada manusia. Dahulu, kita didedahkan dengan penemuan cacing pita (aenia solium) di dalam daging babi yang mengancam kesihatan orang yang rutinnya memakan daging babi.
Kemudian sekitar 1998-2000, negara kita gempar dengan virus maut misteri yang berasal daripada babi, dan akhirnya dikenali dengan nama ‘Japanese Encephalitis’ (JE) dan virus nipah. Lebih 100 terkorban termasuk 30 orang kanak-kanak. Sebagai langkah pencegahan, ribuan anggota tentera dikerahkan untuk untuk memusnahkan ratusan ribu babi, terutama di Bukit Pelandok, Perak.
Terkini, dunia dikejutkan dengan penularan virus berbahaya yang dinamakan Influenza A (H1N1). Atau nama Melayunya Selsema Babi. Angka kematian terkini yang disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akibat wabak ini ialah seramai 72 orang daripada keseluruhan 8480 kes yang dikesan. read more…
Andai ada seorang alim atau mufti di zaman ini berfatwa bahawa Solat Subuh tidak wajib, sudah tentu pendapatnya ditolak mentah-mentah. Kerana seluruh umat sejak zaman sahabat telah ijmak tentang kewajipan solat lima waktu bersandarkan banyak dalil.
Atau jika ada seorang alim berfatwa bahawa harta pusaka seorang ayah atau ibu hendaklah dibahagi sama rata antara anak-anak lelaki dan perempuan, sudah pasti fatwanya disanggah kerana menyalahi ijmak seluruh ulama dan umat, bersandarkan dalil-dalil syarak. Demikian kedudukan dan kepentingan ijmak sebagai hujah dalam syariat Islam.
Antara cabangan kepada persoalan ijmak ialah masalah ‘Mencipta Pendapat Ketiga’. Maksudnya, jika ulama salaf berselisih dalam satu masalah kepada dua pendapat, bolehkah mujtahid selepas zaman mereka mencipta pendapat ketiga? Contohnya dalam suatu masalah, sebahagian sahabat mengatakan wajib, dan sebahagian mengatakan sunat. Bolehkah mujtahid selepas mereka berfatwa dengan hukum haram, sedangkan tidak ada seorang pun kalangan sahabat berfatwa hukumnya haram? read more…


