Hukum Makan Siput Babi

2008 June 4
by Abu Umair

Soalan:

assalamualaikum
ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput babi? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh,
tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di: al-ahkam.net

32 Responses leave one →
  1. 2008 June 5

    Salam.

    Sedap Siput babi ni. Lebih2 lagi kalau first time cuba. Pasti teringin lagi. Ditambah plak dengan supnya yang pedas dan panas. Hehe..

    • 2009 February 25
      Al Jasmini permalink

      Jwpn yg sebenar mengikut mazhab syafie hukumnya haram dimakan kerana ia adalah haiwan yang melata…tetapi bagi mazhab hambali,maliki dan hanafi hukum memakannya adalah dibolehkan. Memandangkan kita diMalaysia bermazhab syafie,jadi persoalan ini dikira sudah terjawab.

      • 2009 October 14
        said permalink

        betul.. pendapat2 yg lebih ringan dari mazhab2 lain bukanlah untuk memenuhi nafsu kita.. pendapat2 yg lebih ringan adalah utk digunakan semasa darurat… islam ini tidak menyusahkan penganutnya…

  2. 2008 June 6

    Salam.

    Ustaz, ana ada kepilkan link ustaz pasal Hukum Makan Siput Babi kat blog ana. Ada masa singgah la untuk baca pengalaman ana makan Siput Babi dan juga beberapa artikel yg lain. Kalau ada salah dan silap ana mohon tunjuk ajar ustaz.

    Wassalam.

    YB : ABCD

  3. 2008 June 6
    abuumair1 permalink

    Oh.. ana ingatkan komen yang pertama tu gurauan saja. Rupa-rupanya pernah makan betul-betul siput babi ye… :)
    Menarik juga pengalaman pernah makan siput babi..

  4. 2008 June 6

    Salam perkenalan kembali untuk Syeikh2 Madinah.

    Oo..patut la. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Ana ni reti makan jer. Hehe…

    Hmm..tentang bentuk tu berbeza dengan gambar yang ustaz letak kat blog ustaz tu. Ana baru masukkan gambar Siput Babi kat blog ni berserta sedikit tambahan info tentang Siput Babi.

    Wassalam.

  5. 2008 June 6
    abuumair1 permalink

    Wah, siap dengan resepi lagi tu… :)

    Em betul lah ada beza antara halazun Malaysia dengan Halazun di Maghrib. Tapi kedua-duanya adalah dari kelas yang sama iaitu: Gastropoda.

  6. 2008 June 8
    syah_peace permalink

    Salam.. Mengenali Gastropoda…. >> http://en.wikipedia.org/wiki/Gastropoda

  7. 2008 June 10
    abuumair1 permalink

    Syukran, syah_peace,
    Dan dalam wikipedia, siput babi adalah tergolong dalam gastropoda.
    lihat: http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_babi (BM)
    dan: http://en.wikipedia.org/wiki/Achatina_fulica (english)
    Wallahu A’lam.

  8. 2008 June 17
    jamal permalink

    assalamualaikum,
    sekadar berkongsi :

    dulu saya pernah baca satu kajian yg pernah dilakukan oleh prof madya dr mat sa’ad Abd rahman dalam bukunya “Fiqh semasa : satu analisis isu-isu semasa dari kacamata Islam” ttg hukum makan siput babi. kajian dilakukan dengan kerjasama saintis yg mengkaji ttg tabiat siput. khulasahnya : halal makan siput babi tetapi hendaklah dibuang dulu racun yang terdapat pada bahagian badan siput itu terlebih dahulu.

    waulua’alam

  9. 2008 June 17
    abuumair1 permalink

    Terima Kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini. Barakallahu Fikum.

  10. 2008 June 23
    Mat Grik permalink

    Siput babi ni tiada kena mengena dengan babi- bukan anak atau cucu babi. Nama itu timbul mungkin kerana babi sangat gemar memakannya- mesti ada khasiat tersendiri bagi babi. Jika manusia dah gemar makan siput ni maka kita boleh tukar namanya kepada siput orang, taklah rasa jijik kita nak memakannya. Ana tak pernah memakannya – tetapi ana pernah memakan sepupunya – GONGDAM- sedap menatang ni tambah lagi dibuat rendang. Orang kata siput babi lagi sedap kerana ia tidak berlendir seperti gongdam atau siput-siput lain. Selamat mencuba!!!!!!

    • 2009 February 25
      Anonymous permalink

      Ana tahu..tak boleh makan ..sebab namanya BABI…lah

      • 2009 February 25
        Al Jasmini permalink

        Kalau macam tu hot dog pun tak leh makanlah…sebab namenye dog…hehe

  11. 2008 July 3
    abu naufal permalink

    assalamualaikum warahmatullah

    tanya sedikit bukan ke dalam mazhab maliki kaedah mereka dalam kitab alateimah semua binatang yang sama namanya dengan binatang yang haram dimakan sebagi contoh babi laut atau sebagainya adalah haram hukumnya. kerana namanya khinzir albahru sama dengan nama khinzir.

    أفيدوني جزاكم الله خيرا

  12. 2008 July 3
    abuumair1 permalink

    Waalaikumussalam wth

    Imam Malik ketika ditanya hukum makan babi laut, beliau tidak memberi sebarang fatwa, dan mengatakan: “Kamu yang menamakannya babi”. (Mudawwanah 1/420)

    Jadi, dalam mazhab Maliki, semua haiwan laut adalah HALAL kecuali dimakruhkan babi laut, kerana namanya. (Al-Kafi Ibn Abd Al-Barr: 187)

    Wallahu A’lam.

  13. 2008 July 3
    abu naufal permalink

    terima kasih syeikh ana tak rujuk buku lagi cuma apa yang ana ingat je dalam kitab bidayatul mujtahid ibnu rusyd, mungkin ana silap apa pun jazakumullah khairan

  14. 2009 January 31
    laila permalink

    saya tak fahamlah

  15. 2009 June 11
    Al Damiri permalink

    Saya belum pernah makan siput babi. Mungkin geli.

    Tetapi siput sedut tu selalu. Tak geli

    Namun status dan habitat ke dua-dua jenis siput ini adalah sama. Mereka tidak hidup dalam air. Air pasang mereka naik pokok bila surut akan merayap mencari makanan.

    Adakah kerana yang satu jenis itu bernama siput ‘babi’ menyebabkan kita tidak makan? Walhal mereka serupa.

    Katalah saya tidak geli dengan nama itu lalu memakannya , adakah suatu dosa sedangkan mengikut mazhab Maliki dibolehkan (halal).

    Bagaimana ustaz?

    • 2009 June 11

      Setahu saya, habitat siput babi dan siput sedut berlainan. Siput babi hidup di daratan, manakala siput sedut hidup di air tawar.
      Bila ia hidupan air, maka tak timbul masalah tentang status halal haramnya. Ia sama macam hukum ketam dll.
      Wallahu A’lam.

  16. 2009 August 11
    Mohd Irwani Hafiz permalink

    Sila rujuk thesis Msc. di UiTM bertajuk “Effect on processing on the protein quality and the texture profile of canned terrestrial snail Achatina fulica, 2007″ ada huraian mengenai siput babi sebagai makanan.

  17. 2009 September 30
    abang mat permalink

    masalah hukum memakan siput babi dar terjawab dari huraian saudara2 di atas.
    siput babi-dagingnyalah merupakan sumber protien yang amat baik untuk di konsum, dagingnya mengandungi lebih dari 60% protin crude,
    gaya pemakanan tergantung setempat, biasanya di buat sate atau goreng atau rendang.
    secara ringkas cara di proses: siput babi hidup disiram lembabkan, segala kotoran dan lendir akan keluar, begitu juga tahinya, di ulang beberapakali dan akhir sekali di rendam dengan air garam untuk beberapa jam, basuhbersih2 dan kukus, biar betul2 masak untuk membunuh bacteria terutama solmanila- kuman taun, sejuk daging di cungkil dan di basuh dan rebus sekali lagi. daging ni boleh di kerigkan atau terus digaul ngan ramuan untuk sate, masak rendang, goreng dll.
    secara komersil siput babi diternak, isi siput babi yang bersih di kisar dan di kering oven pada 50darjah C selama 8 jam, dikisar jadi tepung. di ekspot keluarnegeri. guna buat campuran dalam susu bayi agar pembesaran bayi cepat, sebab mengandungi high protein content, jadi tak tahulah samada susu yang kita bagi kat bayi kita ada mengandungi tepung siput babi atau tidak, sebab susu didatangkan in bulk dari luar sebelum di tin/bagkan di msia.wallauaalam.

  18. 2009 October 5
    rhythma permalink

    Salam Akhi,

    Kalau nak tnya kemusykilan agama dgn tajuk atau topic lain, camne nak tnya? Kt sini ke atau ada link2 yang Akhi sediakan khas dlm blog ni? (x nak sepahkan susunan kandungan blog orang..)

    • 2009 October 5

      Salam, akhie rhythma

      Dalam blog ini, saya tidak bercadang mewujudkan ruangan untuk mengemukakan soalan, kerana khuatir tidak dapat memberi komitmen untuk menjawab secara konsisten. Kebanyakan soal jawab yang saya masukkan dalam page Soal Jawab, adalah jawapan saya di forum Al-Ahkam.

      Tetapi jika ada pengunjung menghantar soalan melalui fungsi hubungi dan ia sesuai untuk tatapan umum, -In Sya Allah- jika saya mampu jawab, saya jawab dan masukkan dalam ruangan Soal Jawab.

      Sekian.

      • 2009 October 6
        rhythma permalink

        Akhi,

        Guna dhomir saya, ana tringat kesah ikan ‘aya’ ms dgn akhi kecik2 dulu. Lahai…

        • 2009 October 6

          Akhie rhythma, mengimbau kenangan kita masa budak-budak dulu, memang cukup banyak. Hehe…. melucukan pun ada..

  19. 2009 October 7
    Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink

    Siput babi ialah haiwan di bawah sub-class pulmonata bermakna ia bernafas dengan meggunakan paru-paru. Ia tidak mempunyai insang dan tidak boleh hidup di dalam air. Jadi ia bukanlah haiwan yang bersifat dua alam. Jika dibandingkan dengan siput sedut, ia mempunyai kedua-dua insang dan paru-paru. Walaubagaimanapun paru-paru tersebut bersifat sementara. Ia masih dikategorikan sebagai haiwan aquatik. Dari segi racun, ia mungkin beracun di sebabkan oleh parasit seperti flux worm yang hidup di tubuh siput ini. namun parasit ini mudah di bunuh dengan cara memasaknya. Daging lain seperti lembu uga mungkin mengadungi parasit yang sama. Lendir siput pula terdiri dari glikoprotein dah ia mudah di buang kerana ianya larut air (water soluble). Hanya rendam atau stim kan siput ini dan lendirnya akan berkurangan.

  20. 2009 October 7
    Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink

    Siput babi juga di katakan mempunyai banyak khasiat perubatan. Ianya jarang di perkatakan. sila bincang isu ini.

  21. 2009 October 9
    Anonymous permalink

    bagi aku haram makan siput babi ni
    sebab nama dia pun siput babi
    sah2 lah ade keturunan babi
    haram bg umat islam memakan dan menyentuh babi dan keturunannya..
    dengar nama sudah meloyakan apalagi mahu memakannya!!!
    tidak sama sekali bagiku..
    haha betul tak ustaz?

  22. 2009 October 9
    Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink

    Merujuk kepada: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke – 20 (JAKIM)
    Source: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa – 02 April 1988
    Perusahaan menternak siput babi untuk ekspot ke luar negara sebagai bahan makanan adalah harus.

  23. 2009 October 9
    Mohd Irwani Hafiz Bin Sahid permalink

    Nama sains baginya ialah Achatina fulica;,,hanya kita (orang melayu) yang memberi nama siput babi. Di tempat lain ianya dikenali sebagai:

    Nwa – Akan, Ghana
    Kamniyo – Luo, Kenya
    Ekhumuniu – Luhya, Kenya
    Kreteke – Northern tribes of Ghana,Togo, Nigeria & Burkina Faso
    Konokono – Swahili, East Africa

Trackbacks & Pingbacks

  1. Buat Peminat Siput Babi (Halazun @ Escargot) « Bicara ABCD

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS