Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair
Penyakit Melabel Ilmuan Islam
Cukup hairan melihat telatah anak-anak muda yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj Salaf dan Sunnah, tetapi laluan dakwahnya menyimpang dari pendekatan para salaf yang sebenar.
Salafikah pendekatan kita jika tumpuan dakwah hanyalah pada mengaibkan sekalian ulama dan ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan cara kita?
Manhaj Salafikah kita jika begitu mudah menggelarkan ulama dan para ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan kita dengan pelbagai gelaran dan jolokan.
Sunnahkah kita jika zikir di lidah ialah, “Syeikh Fulan adalah Khawarij”, “Ustaz Fulan adalah Qutubiy”, “Ustaz Fulan adalah golongan Qardhawiyyun”, “Ana melihat Ustaz ini adalah Hizbiy”, “Syeikh Fulan pula adalah Ikhwaniy”, “Dia adalah neo-khariji”.
Keajaiban?
Agak ajaib apabila ada orang mempercayai keajaiban dari suatu yang tidak ajaib. Lebih ajaib apabila suatu yang bukan ajaib dianggap sebagai ajaib hanya dengan ilusi dan khayalan semata-mata, lantas menyandarkan kepada agama. Entah berapa banyak gambar dan imej tersebar dan disebarkan di internet yang didakwa mengandungi kalimat-kalimat suci seperti ‘Allah’, ‘Muhammad’, ‘Islam’, dan lain-lain dalam tulisan Arab, yang dikatakan sebagai tanda-tanda kebenaran Islam yang ditunjukkan oleh Allah.
Alangkah ajaib perbuatan seperti ini. Tidakkah seluruh alam ini termasuk langit, bumi, lautan, daratan, manusia, haiwan dan segala makhluk adalah satu keajaiban yang maha nyata dan tanda kebesaran dan kehebatan Allah Taala? Kehebatan dan kebesaran Allah melalui alam semesta ini dapat disaksikan oleh seluruh manusia tanpa perlu kepada sebarang takalluf (mengada-ngada dan memaksa-maksa).
FOREX: Di Mana Haramnya?
Seminggu dua ini, dunia perniagaan dan pelaburan online di negara kita dikejutkan dengan satu kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa operasi Forex online yang dijalankan oleh individu melalui broker-broker dalam talian adalah tidak menepati Syarak dan difatwakan sebagai haram. Sehari selepas keluarnya kenyataan tersebut, saya cuba mengintai beberapa forum-forum di internet untuk melihat reaksi dan komen trader-trader Forex terhadap keputusan tersebut. Agak terkejut apabila mendapati perbincangan tentang isu ini di sebuah forum online mencecah 150 pages hanya dalam masa kurang 24 jam!!! Sedih dan kesal juga melihat komen sesetengah forumer Muslim menuturkan ucapan-ucapan seperti, “Kalau asyik fikir benda yang haram-haram sahaja, sampai bila nak tingkatkan pendapatan kita? Kalau kepakaran kita pada Forex, di situlah rezeki kita”.
Kemuliaan Hari Maulid?

Kemuliaan satu-satu tempat dan satu-satu tarikh adalah disandarkan kepada ketentuan Syariat.
Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan tempatnya dan tarikhnya, seperti peristiwa Haji. Syariat telah mengekalkan peristiwa bersejarah itu dan memrintahkan supaya bulan-bulan haji dan tempat manasik haji dimuliakan dan dijadikan perayaan sehingga akhir zaman.
Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan tempatnya sahaja, dan tidak ada perintah supaya dimuliakan tarikhnya atau harinya. Contohnya peristiwa pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s, di mana Allah memuliakan tempat yang dinamakan Maqam, tetapi tidak memerintahkan supaya dicari dan dimuliakan tarikh pembinaan tersebut.
6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook
Di mana ada laptop dan internet, di situ ada Facebook. Begitulah hebatnya fenomena Facebook yang melanda dunia hari ini. Beberapa tahun lepas sewaktu saya mula-mula mendaftar akaun Facebook, bukan main payah untuk mencari kawan-kawan yang ada akaun facebook untuk saya add sebagai friend. Hari ini, orang yang tidak dikenali pun, yang sesetengahnya entah dari benua mana add saya sebagai friend. Dua tahun dahulu, hanya kelompok pelajar atau orang muda yang kebanyakannya membuka akaun facebook. Hari ini, dari kanak-kanak berumur 1 hari, hingga seorang datuk yang sudah bercucu-cicit mempunyai akaun facebook.
Berikut adalah senarai pelajar baru yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah bagi pengambilan 1432/1433H.
Senarai rasmi boleh didapati dari laman web Universiti, iaitu: http://admission.iu.edu.sa/IuAbroadInquery.aspx
Kepada penama-penama yang bertuah di bawah, anda boleh menghubungi wakil pelajar Madinah di email: hdzlh_88@yahoo.com
Segala pertanyaan tentang urusan visa, tiket dan sebagainya hendaklah diajukan ke blog: http://pengambilanpelajarmalaysiauim2011.blogspot.com/
Senarai nama pelajar baru adalah seperti di bawah:
Ramadhan Al-Mubarak 1432
Alhamdulillah, Ramadhan kembali menjelma. Ia bulan yang penuh dengan keberkatan dan keagungan. Ia bulan puasa, bulan tilawah, bulan tarawih dan bulan sedekah. Di sebalik segala kelebihan dan keagungan bulan ini, bagaimana pula semangat dan perasaan kita apabila menghadapinya?
Bagi orang yang sudah membiasakan diri dengan amalan puasa, yang senantiasa melazimi puasa Khamis dan Isnin, kerap melaksanakan ibadah puasa 3 hari sebulan di tengah-tengah bulan (13, 14, 15), tidak terlepas mengejar keampunan Tuhan dengan puasa Hari Asyura dan Hari Arafah, atau mengikuti sunnah Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam dalam berpuasa sunat pada bulan Syaaban, sudah pasti kedatangan Ramadhan amat ditunggu-tunggu. Sudah tentu orang seperti ini merindui kehadiran anak bulan Ramadhan yang menjanjikan banyak kebaikan dan peluang ibadah selama sebulan. Pastinya, tidak ada sebarang rasa payah dan liat untuk menahan selera makan dan minum, malahan terasa kenikmatan dan kemanisan beribadah kepada Allah. Ya Allah, jadikan kami dari golongan ini.



